Buat Wanita yang ingin Hamil MESTI BACA!!
Stress/tekananan/tension samada mental, emosi atau fizikal semuanya memberi kesan kepada kesihatan dan kesuburan lelaki atau wanita. Situasi ini sering berlaku dalam kehidupan kita tidak kira dimana, dirumah,ditempat kerja, di jalanraya, di pusat membeli belah dan lain-lain tempat yang boleh menimbulkan ketegangan. Tetapi harus diingat tidak semua tekanan itu tidak baik. Kadang-kadang kita perlukan tekanan bagi membolehkan kita bergerak untuk melaksanakan tugas, supaya kita berfikir dan berusaha menangani tekanan tersebut.
Apa yang penting ialah bagaimana untuk kita menguruskan atau menangkis tekanan ini. Tekanan memang sangat berpotensi untuk menganggu hormon kesuburan. Antaranya :
1. Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki dan wanita dan boleh juga menyebabkan mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi wanita, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.
2. Tekanan juga boleh emngurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.
3. Ia juga boleh menganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telur/ovulation. (ini akan menyebabkan PCOS)
4. Saluran tiub fallopian boleh menjadi kuncup dan mencegah benih suami sampai ke telur isteri.
5. Ia juga mampu menganggu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embrio melekat dan membenam ke dinding rahim/implantation.
TEKNIK UNTUK RELAKS
Berbagai teknik boleh dicuba, tetapi bagi orang Islam membaca Al-Quran dan memahami makna serta berzikir mengingati ALLAH setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Semasa memandu kereta, membonceng motorsikal, kita boleh membaca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 3 Qul. kemudian berzikir, bertasbih, bertahmid dan jangan berhenti. Selitkan dengan doa untuk mendapatkan zuriat. Fikiran yang tenang boleh meningkatkan kesuburan. Ketika berbuat riadah, yoga breathing exercise dan lain-lain juga boleh amalkan zikir dan tasbih. InsyaALLAH doa kita akan dimakbulkan dan diperkenankan ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment